Archive for August, 2009

Apa ya?

Posted in my piece on August 30, 2009 by patriciachemist

Terpanggil aku menulis coretan ini.

Bait-bait MERDEKA laungan Tunku Abdul Rahman seakan menyapa di telinga. Ya. Esok, Malaysia menginjak ke satu lagi tahun merdeka. 

Apa ya merdeka itu, buat anak watan di perantauan. Apa ya merdeka itu, untuk generasi tanpa sempadan.

Kita merdeka penuh diplomasi, bukan darah. Premis dan hujah di menara gading dulu bercerita tentang itu.

Betapa anak Malaysia kini enteng dengan patriotisme. Rela berjudikan maruah dan integriti mencari  kebebasan. Lagak moden berteriak bangga. Jiwa kekuatan negara telah pudar. Mereka tidak endah. Tak mahu kisah. Aku menyaksikan semua itu. Hampir tiap hari.

Selipar Jepun. Orang putih dan Mat Salleh. Mereka sentiasa ada di corong bicara kita. Kekal.

Lalu, bagaimana untuk kita merdeka di abad ini. Tinggalan pejuang kemerdekaan itu telah lampau. Kita perlu ingat.

Jati diri perwira dan srikandi kemerdekaan hari ini mesti teguh. Abad kolokial dan imperialis kita tinggal jauh. Kita cuba. Walau getir dan payah.